Prinsip reka bentuk visual CRAP terdiri daripada Contrast (C), Repetition (R), Alignment (A) dan Proximity (P).
Contrast
Elemen yang dibezakan menggunakan beberapa kaedah termasuklah jenis font, corak, warna, bentuk dan saiz.
Repetition
Penggunaan elemen dengan cara yang sama seperti jenis font, warna, saiz dan kedudukan supaya pengguna dapat mengenal pasti elemen-elemen yang berada dalam kumpulan yang sama atau yang lain.
Alignment
Elemen diletakkan dalam satu susunan grid atau garisan untuk memudahkan pengguna melihat bahan yang sedang ditunjukkan.
Proximity
Penggunaan ruang untuk merapatkan elemen berkaitan dan menjauhkan elemen yang berbeza bagi mendapatkan paparan yang lebih tersusun dan mudah difahami.
