Siapa kami?

Kami merupakan sekumpulan pendidik yang ingin meningkatkan pengetahuan dan kemahiran asas para pelajar Malaysia melalui laman sesawang ini iaitu https://kaji.my.

 

Keselamatan anda

Sekiranya anda berumur kurang daripada 18 tahun, pastikan anda menggunakan laman ini dibawah pengawasan ibu bapa atau penjaga anda. Ini kerana, laman ini mengumpul maklumat sensitif seperti alamat emel pengguna. Laman ini turut memaparkan iklan daripada rangkaian iklan yang mungkin bersasar.

Oleh kerana kami tidak mampu untuk mengenal pasti umur pengunjung laman ini berdasarkan maklumat maya sahaja, maka anda dinasihatkan supaya mendaftar sebagai ahli laman ini menggunakan emel yang dipantau oleh ibu bapa atau penjaga anda.

Maklumat emel tersebut hanya akan digunakan untuk tujuan pendidikan, membantu akses sekiranya pengguna terlupa kata laluan dan makluman penting seperti masalah sistem dan penyelenggaraan. Semua maklumat anda adalah rahsia dan pihak kami tidak akan sesekali berkongsi maklumat anda dengan pihak lain tanpa kebenaran anda kecuali atas permintaan pihak berkuasa kerajaan Malaysia.

Pengusaha laman ini berusaha sebaik mungkin dalam menyokong semua perkara yang termaktub dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak dan Akta Kanak-Kanak, 2001 terutamanya yang melibatkan keselamatan dan perkembangan kanak-kanak.

 

Komen

Apabila pengunjung membuat komen, kami mengumpul maklumat yang tertera dalam borang komen dan alamat IP pengguna beserta pelayar untuk mengenal pasti dan menangkis cubaan spam.

Kami juga mungkin akan menggunakan maklumat anonymized string yang dihasilkan berdasarkan alamat emel anda kepada Gravatar sekiranya anda menggunakan perkhidmatan itu. Dasar privasi servis Gravatar boleh didapati di pautan ini: https://automattic.com/privacy/. Gambar profil anda akan ditunjukan kepada umum dalam konteks komen anda hanya setelah komen anda telah mendapat kebenaran admin.

 

Bahan yang diselitkan / embedded content dari laman sesawang lain

Artikel-artikel di laman web ini mungkin mengandungi kandungan terbenam (contohnya, video, gambar, artikel, dan lain-lain). Kandungan terbenam dari laman web lain akan berperilaku sama seperti pengunjung telah mengunjungi laman web tersebut.

Laman-laman web tersebut mungkin mengumpul data tentang anda, menggunakan cookie, membenamkan penjejakan pihak ketiga tambahan, dan memantau interaksi anda dengan kandungan terbenam tersebut, termasuk menjejaki interaksi anda dengan kandungan terbenam tersebut jika anda mempunyai akaun dan telah log masuk ke laman web tersebut.

 

Set semula kata laluan / password

Jika anda meminta untuk menetap semula kata laluan, alamat IP anda mungkin akan dimasukkan dalam e-mel tetapan semula kepada anda.

 

Berapa lamakah kami menyimpan data anda?

Jika anda meninggalkan komen, komen dan metadatanya akan dikekalkan selama-lamanya. Ini supaya kami dapat mengenali dan meluluskan sebarang komen susulan secara automatik dan bukannya menahannya dalam senarai untuk dimoderasikan.

Bagi pengguna yang mendaftar di laman web kami (jika ada), kami juga menyimpan maklumat peribadi yang mereka berikan dalam profil pengguna mereka. Semua pengguna boleh melihat, mengedit atau memadam maklumat peribadi mereka pada bila-bila masa (kecuali mereka tidak boleh menukar nama pengguna mereka). Pentadbir tapak web juga boleh melihat dan mengedit maklumat tersebut.

 

Apakah hak anda ke atas data anda

Jika anda mempunyai akaun di tapak ini, atau telah meninggalkan komen, anda boleh meminta untuk menerima fail eksport data peribadi yang kami pegang tentang anda, termasuk sebarang data yang anda berikan kepada kami. Anda juga boleh meminta kami memadamkan sebarang data peribadi yang kami simpan tentang anda. Ini tidak termasuk sebarang data yang kami wajib simpan untuk tujuan pentadbiran, undang-undang atau keselamatan. Kami akan cuba sebaik mungkin untuk membantu anda dalam aspek ini.

 

Tempat data anda mungkin dihantar

Komen pelawat mungkin akan disemak melalui perkhidmatan pengesanan spam automatik.

 

Pindaan

Kami berhak meminda mana-mana kandungan dalam dasar privasi ini pada bila-bila masa sesuai dengan perkembangan situasi dan perundangan semasa tanpa memberitahu anda terlebih dahulu. Ini bagi menjaga kepentingan kedua-dua belah pihak iaitu kami sebagai pengusaha laman dan anda sebagai pengguna yang kami kasihi.