Isu-isu dan trend dalam teknologi pendidikan

Teknologi pendidikan mempunyai peranan yang besar dalam meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pemudahcaraan lebih-lebih lagi dalam era globalisasi dan IR 4.0 ini. Namun begitu, bukan semua teknologi pendidikan dapat diintegrasikan ke dalam sistem pendidikan dengan baik dan lancar. Mari kita lihat isu-isu dan trend dalam teknologi pendidikan.

Antara isu-isu dalam mengintegrasikan teknologi pendidikan terkini:

  1. Kemudahan ICT – mahal untuk disediakan dan diselenggarakan.
  2. Latihan yang cukup untuk pengguna terlibat – guru, pelajar dan pentadbir.
  3. Kekangan masa – penyediaan bahan yang sesuai memerlukan masa untuk disediakan kerana perlu belajar guna dahulu teknologi yang berkaitan sebelum dapat mengolah dan membina bahan yang diingini.
  4. Kekangan dana – peralatan dan aplikasi ICT agak mahal.
  5. Kesediaan guru dan pelajar – terdapat guru dan pelajar yang kurang bersedia menggunakan teknologi tertentu.
  6. Undang-undang siber / Cyber law untuk melindungi
    • Copyright / Hakcipta
    • Keselamatan pengguna (maklumat sensitif seperti bab kewangan, no IC, alamat dsb)
  7. Etika siber / Cyber ethics – penggunaan teknologi yang tidak memberi mudarat atau kesan negatif pada pengguna lain. Contoh:
    • Tidak menggunakan kata-kata kasar.
    • Tidak melakukan plagiat.
    • Tidak memecah masuk sistem komputer orang lain.
    • Menghormati hakcipta apabila menggunakan sebarang bahan yang diperolehi secara digital.
  8. Kod yang memberi ancaman kepada pengguna komputer dan Internet seperti virus dan malware.
  9. Setiap pengguna Internet dan organisasi yang menyediakan perkhidmatan online terikat dengan suatu Acceptable Use Policy (AUP). Klik di sini untuk maklumat lanjut tentang AUP.

 

Antara trend yang semakin mendapat perhatian:

  1. Pengkomputeran mudah alih / mobile computing
  2. Web 2.0
  3. Gamification
  4. updating…

 

Rujukan:

  1. Newby, T. J., Stepich, D. A., Lehman, J. D., & Russell, J. D. (2006). Educational technology for teaching and learning (3rd ed.). Upper Saddle River, NJ: Pearson Education.
  2. https://techterms.com/definition/aup