Definisi Teknologi Pendidikan

Oleh Mohammad Shah Kamarulzaman

Sebelum kita membincangkan tentang definisi teknologi pendidikan, eloklah kiranya kita melihat dahulu definisi teknologi dan juga pendidikan secara berasingan.

Teknologi merupakan aplikasi kepada pengetahuan sains untuk tujuan-tujuan yang praktikal bagi menyelesaikan sesuatu perkara dengan lebih mudah, berkesan dan efisien. Teknologi tidak semestinya merupakan sesuatu yang boleh disentuh (tangible) malah teknologi juga boleh mengambil bentuk tidak dapat disentuh (intangible) seperti penyelesaian masalah, perundingan dan latihan.

Pendidikan pula merupakan suatu proses pengajaran dan pembelajaran yang mengikut suatu set langkah-langkah yang dirancang secara sistematik bagi mencapai suatu set objektif pembelajaran.

Oleh itu dapat disimpulkan bahawa teknologi pendidikan merupakan sebarang inovasi yang membolehkan suatu sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lebih mudah, berkesan dan efisien.

Leave a Reply